Kerjaya kelab Zikri Khalili

Perjalanan Awal

Zikri dilahirkan di Bandar Tun Razak, Pahang. Di samping rakan sepasukannya sekarang, Sikh Izhan Nazrel, beliau juga merupakan sebahagian daripada pelajar Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Bukit Jalil sehingga bersama-sama membuat pertukaran ke AMD (Akademi Mokhtar Dahari).[1]

Selangor

Bersama-sama dengan rakan sepasukan semasa Izhan, Zikri berpindah ke Selangor selepas menamatkan pengajian dari AMD. Beliau memilih Selangor sebagai destinasi seterusnya mengembangkan bakatnya.[3] Beliau mewakili kelab akademi Selangor II dan melibatkan sepuluh (10) perlawanan untuk musim Liga Perdana Malaysia 2020.

Pada 10 Oktober 2020, Zikri membuat penampilan sulung senior dan bermain 90 minit menentang FELDA United pada perlawanan Liga Super.[4] Dia juga melibatkan perlawanan menentang Melaka United pada kejohanan Piala Malaysia, membantu pasukan itu mara ke suku akhir dengan kemenangan 2–1.[5] Pada 2 Disember 2020, Selangor mengesahkan Zikri pasti akan dinaikkan pangkat ke pasukan utama untuk musim 2021.[6]

Rujukan

WikiPedia: Zikri Khalili https://www.goal.com/en-my/news/meet-zikri-khalili... https://globalsportsarchive.com/people/soccer/ahma... https://www.hmetro.com.my/arena/2019/11/513957/dua... https://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-mala... https://www.stadiumastro.com/sukan/piala-malaysia/... https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2020/12... https://www.fam.org.my/news/senarai-23-pemain-skua... https://m.cnnindonesia.com/olahraga/20180927125550... https://www.thestar.com.my/sport/football/2019/08/... https://www.goal.com/en-my/amp/news/malaysia-austr...